21 April 2011

Kejohanan Bola Jaring MSSD 2011

Tarikh kejohanan : 21-22 April 2011 (Khamis - Jumaat)
Tempat kejohanan : Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS), Bagan Terap
Jurulatih :
1) Pn. Siti Fatimah binti Saad
2) Pn. Faridah binti Abd. Ghafar
3) Cik Siti Nur Dalilah binti Redzwan

Kepada pasukan bola jaring yang mewakili SK. Khir Johari diucapkan 
"Selamat Berjaya"...
Do the best!

En. Husni bin Harun
(GPK Ko-Kurikulum)

31 January 2011

TERKINI! Jadual Waktu Kelas 2011 (perubahan)

Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera,

Kepada semua murid, guru kelas dan ibubapa/penjaga.
Dibawah ini disertakan Jadual Waktu Kelas 2011 (perubahan) dan akan dikuatkuasakan mulai 31 Januari 2011 (Isnin).

Harap maklum dan terima kasih.

(En. Norazam bin Mashudi)
SU Kurikulum,
SK. Khir Johari.

- Sila klik link di bawah mengikut nama kelas.

12 January 2011

Jadual Waktu Kelas 2011 (Baru)

Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera,
Kepada semua murid, guru kelas dan ibubapa/penjaga.
Dibawah ini disertakan Jadual Waktu Kelas 2011 yang terbaru dan akan dikuatkuasakan mulai 13 Januari 2011 (Khamis).
Harap maklum dan terima kasih.

(Tuan Hj. Khalid bin Hj. Ali)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
SK. Khir Johari.

- Sila klik link di bawah mengikut nama kelas.

Surat Makluman Pertukaran Waktu Persekolahan 2011

Assalamualaikum wrt. wbt. & Selamat sejahtera,
Kepada semua murid, guru dan ibubapa/penjaga.
Dimaklumkan bahawa waktu persekolahan akan ditukar mulai 13 Januari 2011 (Khamis).
Harap maklum dan terima kasih.

(Tuan Hj. Khalid bin Hj. Ali)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
SK. Khir Johari.

10 January 2011

Majlis Penyerahan Watikah Pengawas SKKJ Sesi 2011

Pada hari ini, Isnin 10 Januari 2011 di perhimpunan sekolah diadakan majlis penyerahan watikah pengawas sekolah bagi sesi 2011. Majlis diuruskan oleh En. Ngazuddin (Guru Pengawas). Tuan Haji Suliman (Guru Besar) telah sudi menyampaikan watikah perlantikan kepada semua pengawas. Semoga barisan kepimpinan pengawas sesi 2011yang diketuai oleh Muhammad Hafiz dan penolong Nor Najwa Syuhada memberikan kepimpinan yang terbaik untuk murid, guru & sekolah.






















07 January 2011

Minggu Transisi Tahun 1

Bermula 3 Januari yang lalu hingga 7 Januari murid-murid Tahun 1 melalui Minggu Transisi di bawah kendalian guru-guru yang mengajar Tahun 1. Di antara aktiviti-aktiviti yang dirancangkan:
1. Ucapan salam & doa.
2. Sesi suai kenal antara murid dan guru.
3. Lawatan ke semua kawasan sekolah (tandas, kantin, pusat sumber, pejabat, bilik j-QAF, dll)
4. Ujian diagnostik.
5. Nyanyian dan gerakan.
















06 January 2011

Hari Pertama Aktiviti GERKO - Mesyuarat Unit Beruniform / Kelab & Persatuan

Ini merupakan aktiviti GERKO kali pertama untuk sesi 2011. Aktiviti - mesyuarat agung Unit Beruniform (Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah - TKRS, Puteri Islam) dan juga mesyuarat agung Kelab & Persatuan.