28 January 2015

PASUKAN PINGPONG SKKJ KE KEJOHANAN PINGPONG MSSD SABAK BERNAM

Tarikh : 28-29 Januari 2015 (Rabu-Khamis)
Tempat : SK Teluk Ru, Sabak Bernam.

GURU PENGIRING :

1. En.  Mohd.  Khafidz bin Asmungi (Jurulatih) 

2. Pn.  Annie Josfina @ Nuraini binti Jamaluddin

3. Pn. Zaimah binti Dahman

PESERTA :

1. Mohamad Arief Irwan bin Mohd. Azmi (6UM) 

2. Muhammad Irfan bin Muhammad Amirruddin (6UM) 

3. Muhammad Haziq bin Zulkifli (4UM) 

4. Nazirul Akmal bin Azhari (5UM)

5. Nur Zulayka binti Abdul Fakar (6UM) 

6. Nur Alyssa Syazwina binti Muamar Khadafi (4UM) 

7. Nur Qamarina Inasya binti Mazalan (4UM) 

8. Nurin Damia binti Mohamad Khatim (6UM) 

PENCAPAIAN :

- Kategori individu lelaki bukan Cina : Arief Irwan mara hingga ke suku akhir sahaja. 

- Kategori beregu lelaki bukan Cina : Irfan & Haziq mara ke suku akhir sahaja. 

26 January 2015

PERHIMPUNAN PAGI : PELANCARAN NILAM & WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Tarikh : 26 Januari 2015 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKKJ

Pn.  Nor' Aini binti Dahlan (Guru Besar) melancarkan Program NILAM di bawah kendalian Pusat Sumber SKKJ. 
Majlis Watikah Perlantikan Pengawas… dimulai dengan bacaan ikrar pengawas oleh Ahmad Amsyar selaku Ketua Pengawas SKKJ 2015.
Penyampaian watikah kepada pengawas. 
Penyampaian watikah pengawas pusat sumber. 

23 January 2015

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H PERINGKAT SKKJ

Tarikh : 23 Januari 2015 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SKKJ

KELAS TASMIK IQRA/AL-QURAN 2015

Kepada semua ibubapa murid SKKJ beragama Islam,

Dimaklumkan bahawa Program Khatam Al-Quran (Model Tasmik) akan bermula pada minggu hadapan 26 Januari 2015.

Kerjasama daripada semua ibubapa amatlah diharapkan. Moga anak-anak tuan/puan berjaya mengkhatamkan Al-Quran dan memperelokkan bacaan.

Sekian, terima kasih.

21 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SKKJ 2015

Tarikh : 21 Januari 2015 (Rabu)
Masa : 3.30 - 5.30 petang
Tempat : SK Khir Johari

20 January 2015

LADAP 2 : PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)

Tarikh : 22 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKKJ

Disampaikan oleh Puan Nor' Aini binti Dahlan, Guru Besar SKKJ.

Objektif : Memberi pendedahan kepada guru tentang Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB).

Tindakan : Guru sediakan Folder Peribadi berdasarkan 3 tahun perkhidmatan sebelum ini (2013, 2014, 2015).

19 January 2015

Terkini! BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 SKKJ

Sila bawa bersama:
1. KAD PENGENALAN IBUBAPA/PENJAGA. 
2. SALINAN SIJIL LAHIR ANAK YANG BERSEKOLAH DI SKKJ.

Sekian, terima kasih.

16 January 2015

BERITA BAIK! BANTUAN ZAKAT OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga SKKJ:

Sesiapa ada anak di tadika, di sekolah rendah, menengah dan belajar universiti boleh mohon bantuan pendidikan di Lembaga Zakat Selangor SEKARANG!

Syarat bantuan:

(PENDAPATAN KASAR) :
Sekolah Tadika-Menengah : Income family <RM4000
Universiti: Income family <RM6000

Jumlah Bantuan:

Tadika : RM50

Sekolah Rendah:
++Agama RM75
++Kebangsaan RM75

Sekolah Menengah:
++Biasa RM125
++Agama RM125

Universiti DLM NEGARA SAHAJA (dapat pinjaman atau tidak dapat pinjaman):

Sijil:
RM500

Diploma:
RM700 (tak dapat bantuan mana-mana)
RM500 (ada dapat pinjaman)

Degree:
RM1000 (tak dapat bantuan mana-mana).
RM700 (ada dapat pinjaman)

Master : RM1000

PHD : RM2000

Ini merupakan sumbangan ONE-OFF yang boleh dipohon SETAHUN SEKALI sahaja. Ia dalam kategori Asnaf Fi-Sabilillah. Bantuan adalah untuk ringankan beban dan bukan untuk support sepenuhnya yuran-yuran tersebut.

*Borang PERMOHONAN AGIHAN ZAKAT boleh didownload di
http://www.e-zakat.com.my/borang/ atau pergi ke kaunter Lembaga Zakat Selangor yang berhampiran.

Semoga dipermudahkan urusan!

15 January 2015