07 January 2011

Minggu Transisi Tahun 1

Bermula 3 Januari yang lalu hingga 7 Januari murid-murid Tahun 1 melalui Minggu Transisi di bawah kendalian guru-guru yang mengajar Tahun 1. Di antara aktiviti-aktiviti yang dirancangkan:
1. Ucapan salam & doa.
2. Sesi suai kenal antara murid dan guru.
3. Lawatan ke semua kawasan sekolah (tandas, kantin, pusat sumber, pejabat, bilik j-QAF, dll)
4. Ujian diagnostik.
5. Nyanyian dan gerakan.
















06 January 2011

Hari Pertama Aktiviti GERKO - Mesyuarat Unit Beruniform / Kelab & Persatuan

Ini merupakan aktiviti GERKO kali pertama untuk sesi 2011. Aktiviti - mesyuarat agung Unit Beruniform (Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah - TKRS, Puteri Islam) dan juga mesyuarat agung Kelab & Persatuan.























03 January 2011

Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan Sesi 2011

Hari ini bermulalah sesi persekolahan 2011 dengan rasminya. Di SK. Khir Johari, suasana "buka sekolah" berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah jadual waktu. Cuaca pada hari ini agak mendung disulami sedikit hujan gerimis. Walau apa pun yang berlaku, semangat semua murid & guru sangat tinggi pada hari ini. Ibu bapa juga memberikan kerjasama yang sangat baik dan memuaskan. Semoga hari-hari persekolahan yang mendatang akan terus lancar dan baik.



22 September 2010

Mohon Sumbangan Penambahbaikan Surau SK Khir Johari

Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam, Selangor sedang berusaha untuk membuat penambahbaikan surau SK Khir Johari yang sedia ada.  Surau sekolah yang sedia ada telah uzur dan ruangnya kecil dan tidak mencukupi untuk menganjurkan aktiviti yang melibatkan kehadiran guru dan murid serentak.  Keluasan surau yang ada sekarang ini hanya boleh memuatkan seramai 50 orang sahaja dalam satu masa serentak.  Sedangkan keperluan untuk digunakan bagi menjalankan program-program hari-hari kebesaran Islam, solat berjemaah, dan sebagainya sangat mendesak.  Oleh itu, kami pihak jawatankuasa penambahbaikan surau SK Khir Johari memohon kepada individu yang dermawan lagi budiman atau mana-mana syarikat korporat yang ingin memberi sumbangan untuk perkara tersebut boleh berhubung dengan pihak kami ditalian telefon atau faks : 03-32161285.  Segala sumbangan kewangan boleh di masukkan ke akaun Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG) SK Khir Johari di nombor akaun 012099604260 (Maybank) atau berbentuk cek atas nama Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Khir Johari.

Mafhum Hadis Rasullullah S.A.W : Apabila mati seseorang anak Adam terputusla segala amalannya melainkan 3 perkara
Pertama, sedekah  yang pernah diberikan, kedua, ilmu yang dimanfaatkan dan ketiga, doa anak yang soleh