23 January 2015

MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H PERINGKAT SKKJ

Tarikh : 23 Januari 2015 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SKKJ

KELAS TASMIK IQRA/AL-QURAN 2015

Kepada semua ibubapa murid SKKJ beragama Islam,

Dimaklumkan bahawa Program Khatam Al-Quran (Model Tasmik) akan bermula pada minggu hadapan 26 Januari 2015.

Kerjasama daripada semua ibubapa amatlah diharapkan. Moga anak-anak tuan/puan berjaya mengkhatamkan Al-Quran dan memperelokkan bacaan.

Sekian, terima kasih.

21 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SKKJ 2015

Tarikh : 21 Januari 2015 (Rabu)
Masa : 3.30 - 5.30 petang
Tempat : SK Khir Johari

20 January 2015

LADAP 2 : PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB)

Tarikh : 22 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKKJ

Disampaikan oleh Puan Nor' Aini binti Dahlan, Guru Besar SKKJ.

Objektif : Memberi pendedahan kepada guru tentang Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB).

Tindakan : Guru sediakan Folder Peribadi berdasarkan 3 tahun perkhidmatan sebelum ini (2013, 2014, 2015).

19 January 2015

Terkini! BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 SKKJ

Sila bawa bersama:
1. KAD PENGENALAN IBUBAPA/PENJAGA. 
2. SALINAN SIJIL LAHIR ANAK YANG BERSEKOLAH DI SKKJ.

Sekian, terima kasih.

16 January 2015

BERITA BAIK! BANTUAN ZAKAT OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga SKKJ:

Sesiapa ada anak di tadika, di sekolah rendah, menengah dan belajar universiti boleh mohon bantuan pendidikan di Lembaga Zakat Selangor SEKARANG!

Syarat bantuan:

(PENDAPATAN KASAR) :
Sekolah Tadika-Menengah : Income family <RM4000
Universiti: Income family <RM6000

Jumlah Bantuan:

Tadika : RM50

Sekolah Rendah:
++Agama RM75
++Kebangsaan RM75

Sekolah Menengah:
++Biasa RM125
++Agama RM125

Universiti DLM NEGARA SAHAJA (dapat pinjaman atau tidak dapat pinjaman):

Sijil:
RM500

Diploma:
RM700 (tak dapat bantuan mana-mana)
RM500 (ada dapat pinjaman)

Degree:
RM1000 (tak dapat bantuan mana-mana).
RM700 (ada dapat pinjaman)

Master : RM1000

PHD : RM2000

Ini merupakan sumbangan ONE-OFF yang boleh dipohon SETAHUN SEKALI sahaja. Ia dalam kategori Asnaf Fi-Sabilillah. Bantuan adalah untuk ringankan beban dan bukan untuk support sepenuhnya yuran-yuran tersebut.

*Borang PERMOHONAN AGIHAN ZAKAT boleh didownload di
http://www.e-zakat.com.my/borang/ atau pergi ke kaunter Lembaga Zakat Selangor yang berhampiran.

Semoga dipermudahkan urusan!

15 January 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG SKKJ KALI KE-34 TAHUN 2015

Tarikh : 17/1/2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SKKJ

LADAP 1 : KESIHATAN MURID & KURSUS PEMULIHAN BAHASA INGGERIS DAN PENYEBARAN MODUL BOOK 3

Tarikh : 15/1/2015 (Khamis)
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKKJ

Pn Hjh Fauziah sedang membentangkan Program Kesihatan.

Pegawai YAPEIM membuat penerangan tentang Pelan Pembangunan Ekonomi YAPEIM.

Pn. Siti Soliha (SU LADAP) memberi penerangan e-SPLG.

Pn. Masyithoh memberi pendedahan Pemulihan Bahasa Inggeris & Modul Book 3.

12 January 2015

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SKKJ SESI 2015

Hari ini merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan di SKKJ untuk tahun 2015. Pastinya ia merupakan hari yang sangat penting bagi setiap murid dan guru-guru bagi memulakan sesi persekolahan yang baru.

Namun yang agak bersejarah pada tahun 2015 ini adalah apabila KPM menunda sesi persekolahan selama 1 minggu berikutan musibah banjir besar yang berlaku di negara kita. Apa-apa pun yang berlaku itulah ketentuan dari Yang Maha Kuasa.

Semoga mentari yang bersinar cerah pada pagi ini menerangi setiap niat dan semangat bagi semua warga SKKJ untuk terus maju dan sukses di tahun 2015 / 1436 Hijriah ini.
Ok! Ceria selalu...

Foto sekitar perhimpunan pagi 12 Januari 2015 di SKKJ...
DOA PAGI.. dikendalikan oleh Ustaz Norazam bin Mashudi.

BACAAN IKRAR... oleh Adik Amsyar, Ketua Pengawas SKKJ 2015.

WAJAH-WAJAH TENANG & BERSEMANGAT... Antara sebilangan murid yang berada di tapak perhimpunan.


UCAPAN GURU BERTUGAS... oleh Ustaz Norazam bin Mashudi.

UCAPAN GURU BESAR... Puan Nor' Aini binti Dahlan mengalukan kehadiran semua murid.