27 September 2020

Kemaskini Tahun 2020



 - Kemaskini maklumat terkini SK Khir Johari Tahun 2020

20 April 2018

SKKJ menjadi tuan rumah PUBLIC SPEAKING COMPETITION SABAK BERNAM 2018


PROGRAM GOTONG-ROYONG PERPADUAN BERSEPADU 2018

Tarikh : 21 April 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir.


25 March 2018

TINJAUAN PAKAIAN KHAS MURID SEKOLAH

Kepada,
Semua Ibu Bapa / Penjaga dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Khir Johari.

TINJAUAN PENDAPAT UMUM BERKAITAN PAKAIAN KHAS MURID SEKOLAH
Tinjauan ini mempunyai 5 bahagian yang perlu dilengkapkan. Tujuan : Tinjauan ini untuk mendapatkan pendapat umum berkaitan pakaian khas murid sekolah, iaitu Pakaian Pengawas Sekolah, Pakaian Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya [PRS] serta warna kasut murid sekolah. Objektif : Memberi peluang kepada masyarakat umum untuk menyatakan pandangan berkaitan keseragaman pakaian khas murid sekolah. Matlamat : Menyeragamkan pakaian khas murid di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila klik link ini http://gg.gg/surveykpm2018

PENDAFTARAN ONLINE TAHUN 1 AMBILAN 2019/2020


Sukacita dimaklumkan bahawa Kemasukan ke Tahun 1 ambilan 2019/2020 secara dalam talian boleh dilayari melalui : https://public.moe.gov.my/ atau klik di sini

11 March 2018

UJIAN PENILAIAN OTI 1 (MAC 2018)

Kepada ibu bapa / penjaga,
Murid Tahun 1 - 6,
SK Khir Johari, Sabak Bernam.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Ujian Penilaian OTI 1 (MAC 2018) akan dijalan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 12 - 16 Mac 2018 (Isnin hingga Jumaat)
Jadual : Sila rujuk lampiran

Diharapkan ibu bapa / penjaga dapat memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran di rumah serta menghantar anak-anak hadir ke sekolah seperti biasa pada tarikh-tarikh tersebut.

Yang menjalankan amanah,

HAJI KHALID BIN ALI
Guru Besar,
SK Khir Johari,
Sabak Bernam.


28 February 2018

AKTIVITI GERKO # MINGGU 09

Tarikh : 28/2/2018 (Rabu)
Masa : 3.30 - 5.30 petang
Tempat : Dewan SKKJ
Aktiviti :
1. Unit Beruniform.
2. Sukan & Permainan.
Acara khas : - Pertandingan Deklamasi Sajak sempena Minggu Anti Dadah & Rokok

Perlu bawa air?
= Ya, murid perlu bawa air sendiri untuk mengelak dehidrasi (kekurangan air pada tubuh badan). Cuaca agak panas ketika ini di waktu petang.

Kantin buka tak?


= Ya, kantin dibuka pada setiap petang aktiviti GERKO. Murid digalakkan bawa wang saku.

21 February 2018

AKTIVITI GERKO # MINGGU 08

Tarikh : 21/2/2018 (Rabu)
Masa : 3.30 - 5.30 petang
Tempat : Dewan SKKJ
Aktiviti :
1. Kelab & Persatuan.
2. Sukan & Permainan.

Perlu bawa air?
= Ya, murid perlu bawa air sendiri untuk mengelak dehidrasi (kekurangan air pada tubuh badan). Cuaca agak panas ketika ini di waktu petang.

Kantin buka tak?
= Ya, kantin dibuka pada setiap petang aktiviti GERKO. Murid digalakkan bawa wang saku.

14 February 2018

AKTIVITI GERKO # MINGGU 07

Dengan ini dimaklumkan bahawa aktiviti GERKO untuk minggu ini 14/2/2018 DITANGGUHKAN.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih