11 May 2010

TAHNIAH! SK Khir Johari Johan Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran MTQ Peringkat Negeri Selangor

Tahniah diucapkan buat adik Nur Najwa Syuhada binti Mohd. Nazri (Tahun 5UM) kerana berjaya menjadi Johan pertandingan bercerita kisah Al-Quran MTQ peringkat negeri Selangor pada 8 Mei 2010 hari Sabtu lepas. Beliau berjaya membawa pulang piala pusingan beserta hadiah iringan serta menjadi wakil negeri Selangor pada MTQ peringkat kebangsaan nanti yang bakal diadakan di Terengganu pada 30 Mei 2010 ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan buat guru-guru pendidikan Islam yang bertungkus-lumus membantu terutamanya Usth. Siti Fatimah (jurulatih) dan Usth. Zanariah (guru pengiring). Semoga kejayaan yang lebih besar dapat dicapai di peringkat kebangsaan nanti. Syabas diucapkan sekali lagi daripada pihak sekolah.

1 comment:

Anonymous said...

Mabruk 'alan najah buat nor. Buat yang terbaik di MTQ Kebangsaan nanti.